Thursday, May 17, 2012

JPP

Jawatankuasa Khas Untuk Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN

Syarat-syarat Pencalonan

Posted by JPP On October - 28 - 2011



Sila baca syarat-syarat pencalonan serta syarat-syarat berkempen sebelum anda mengisi borang pencalonan.

1. Calon, Pencadang dan Penyokong mestilah ahli PERUBATAN yang matang, iaitu telah berada dan belajar di Mesir untuk tempoh genap setahun sesi PERUBATAN pada tarikh pencalonan serta telah mengisi borang keahlian PERUBATAN.

2. Calon, Pencadang dan Penyokong hendaklah menyemak semula keahlian PERUBATAN dan telah menjelaskan yuran PERUBATAN sebelum membuat pencalonan.

3. Calon, Pencadang dan Penyokong mestilah:

  • Tidak terlibat dalam politik wang
  • Tidak terlibat dalam kes khalwat atau zina
  • Tidak mengambil dadah
  • Tidak minum arak
  • Tidak terlibat dengan sebarang ajaran sesat
  • Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan atau aktiviti yang menyalahi etika seorang pelajar muslim selepas merujuk Penasihat Agama PERUBATAN berpandukan al-quran dan as-sunnah.

4. Individu yang tidak boleh dicalonkan untuk bertanding ialah

  • AJK JPP
  • Empat AJKT yang telah dikekalkan daripada sesi lepas.
  • Ahli PERUBATAN yang tidak matang keahliannya atau yang tidak menjelaskan yuran tahunan PERUBATAN.

5. Jumlah borang bagi pencalonan adalah dihadkan dan dicop (biru) dengan cop rasmi PERUBATAN.

6. Setiap individu hanya boleh dicalonkan sekali sama ada untuk jawatan Presiden/Timbalan Presiden 2 atau Ahli Jawatankuasa Tertinggi. [PERUBATAN pusat]

7. Setiap individu hanya boleh dicalonkan sekali sama ada untuk jawatan Pengerusi/Timbalan Pengerusi 2 atau Ahli Jawatankuasa. [PERUBATAN cawangan]

8. Setiap individu hanya dibenarkan untuk membeli SATU borang sahaja.

9. Setiap individu hanya boleh mencadangkan SEKALI sahaja.

10. Pencalonan hanya boleh dilakukan di lokasi yang disediakan.

11. Calon, Pencadang serta Penyokong mestilah hadir pada hari pencalonan untuk menandatangani borang pencalonan dihadapan pegawai JPP.

12. Setiap individu yang membeli borang tetapi tidak menghantar pada hari pencalonan akan dikenakan denda sebanyak LE50.

13. Pencalonan untuk jawatankuasa PERUBATAN pusat dibuka kepada semua ahli PERUBATAN.

14. Pencalonan untuk jawatankuasa PERUBATAN cawangan hanya dibuka kepada semua ahli di cawangan masing-masing.

15. Borang pencalonan jawatan Presiden/Pengerusi hanya dikeluarkan sebanyak 5 borang.

16. Borang pencalonan jawatan Timbalan Presiden/Timbalan Pengerusi 2 hanya dikeluarkan sebanyak 5 borang.

17. Borang pencalonan jawatan Ahli Jawatankuasa Tertinggi/Ahli Jawatankuasa akan dikeluarkan sebanyak 20 borang setiap lelaki dan perempuan.

18. Borang pencalonan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden 2 akan dijual dengan harga LE 10.

19. Borang pencalonan jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi 2 dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi akan dijual dengan harga LE 8.

20. Borang pencalonan Ahli Jawatankuasa (cawangan) akan dijual dengan harga LE 5.

21. Borang pencalonan boleh dibeli bermula 1 Disember 2011 dan dihantar pada 9 Disember 2011 (Hari Pencalonan).

22. Penyerahan borang pencalonan akan ditolak setelah tamat waktu yang ditetapkan (Hari Pencalonan)

23. Setiap pembetulan borang pencalonan mestilah dibuat di hadapan pegawai JPP.

24. Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak JPP adalah muktamad.


Semakan terakhir: 12 November 2011

Popularity: 12% [?]

Soalan melalui Shoutbox tidak dijamin akan dijawab. Sila ajukan soalan melalui komen pada post berkaitan atau laman Soal-Jawab di atas.

Gunakan hashtag #JPP2011 supaya Tweet anda muncul di bawah!

    Designed by website templates