[AGENDA PROFESIONALISME | Musyawarah dalam Memilih Pemimpin]

Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “dan orang-orang yang mematuhi seruan tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka diputuskan dalam musyawarah di antara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki mereka yang kami berikan.” (Surah as-Syura: ayat 38)

Syura merupakan satu prinsip dan salah satu dasar dalam Islam. Definisi syura oleh Dr. Muhammad Abdullah Khatib dalam bukunya ‘Syura Fil Islam’ ialah suatu bentuk kerjasama dalam bertukar pendapat dan pandangan terhadap perkara yang melibatkan maslahah muslimin berdasarkan kaedah yang sesuai dalam mencari titik permuafakatan dan kebenaran serta ketaatan kepada Allah.

Sebagai pengenalan kepada kaedah pemilihan melalui musyawarah, harus ditekankan bahawa kaedah ini bukanlah bersifat sehala yang hanya memerlukan ahli syura untuk memahami konsep ini malah memerlukan kefahaman ahli dalam menerima keputusan yang akan dibuat sepertimana yang diamalkan oleh Nabi dan sahabat dahulu.

Antara kebaikan yang diharapkan dari sistem syura ini ialah:

1) Mencapai kebenaran.
2) Keputusan yang menyepadukan hati.
3) Mengurangkan kesilapan besar.
4) Seruan komitmen yang penuh terhadap keputusan yang dicapai kepada ahli dan pimpinan.
5) Kepercayaan yang berterusan antara satu sama lain.

Untuk sebarang aduan, permasalahan dan cadangan, klik pada pautan dibawah :

https://tinyurl.com/e-AduanPCS

#JomPangkah
#JPC2018

“Berkat, Telus dan Cekap”

Jawatankuasa Pilihan Raya PERUBATAN Cawangan (JPC) 2018

PERUBATAN Cawangan Ain Shams 2018/2019.