SENARAI NAMA CALON MAJLIS TERTINGGI PERUBATAN (MTP) FASA II

Alhamdulillah, tamat sudah tempoh bantahan untuk calon-calon Pilihan Raya Terbuka ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) sesi 2017. Berikut merupakan senarai Calon Fasa II bagi empat belas kerusi MTP yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Terbuka MTP kali ini;

SENARAI NAMA CALON MTP

Calon 1: 

NAMA CALON: Muhamad Aiman bin Adnain
TAHUN: 4  Perubatan
CAWANGAN: Kaherah
MANIFESTO:
  1. Melancarkan pergerakan PERUBATAN dengan berfokus kepada program dan gerak kerja yang memberi impak besar.
  2. Mewujudkan suasana ahli yang prihatin melalui pengamalan konsep saling menasihati.
  3. Menjadikan pimpinan PERUBATAN sebagai figura akademik dan intelektual.

(Calon Menang Tanpa Bertanding)

 

Calon 2: 

NAMA CALON: Amir Amrullah bin Ali
TAHUN: 5  Perubatan
CAWANGAN: Iskandariah
MANIFESTO:
  1. Menggalakkan semangat kesukarelawan ahli dengan mengoptimumkan fungsi PERUBATAN for Peace and Care (PEACE).
  2. Meningkatkan kesedaran isu semasa global dalam kalangan ahli dengan memperkasa capaian maklumat kepada ahli.

(Calon Menang Tanpa Bertanding)

 

Calon 3: 

NAMA CALON: Muhammad Syazwan Fahmi bin Mohd Helmi
TAHUN: 3  Perubatan
CAWANGAN: Ain Shams
MANIFESTO: Ke arah PERUBATAN yang lebih optimum bersama aspirasi PERUBATAN Untuk Semua melalui;

  1. Pemfokusan gerak kerja asas pimpinan di semua peringkat.
  2. Penstrukturan medium keterikatan yang efektif antara pimpinan dan ahli.
  3. Pemerkasaan sistem taakhi antara cawangan mengikut zon secara holistik.

(Calon Menang Tanpa Bertanding)

 

Calon 4: 

NAMA CALON: Ahmad Muazz bin Abdullah
TAHUN: 3  Perubatan
CAWANGAN: al-Azhar
MANIFESTO: Menyuntik kesedaran ahli akan kepentingan biah solehah dan implementasinya bagi mencorak mahasiswa berperibadi muslim profesional.

(Calon Menang Tanpa Bertanding)

 

Calon 5: 

NAMA CALON: Fathul Izzuddin bin Kungi Kuaya
TAHUN: 5  Perubatan
CAWANGAN: Mansurah
MANIFESTO: Memastikan kelestarian dan kemandirian PERUBATAN dengan mengkaji semula sistem sedia ada.

(Calon Menang Tanpa Bertanding)

 

Calon 6: 

NAMA CALON: Ahmad Asyraf bin Mohmad
TAHUN: 4  Perubatan
CAWANGAN: Mansurah
MANIFESTO: Mengoptimumkan penerangan tentang kebajikan dalam PERUBATAN.

(Calon Menang Tanpa Bertanding)

 

Calon 7: 

NAMA CALON: Muhammad Nabil bin Azhar
TAHUN: 5  Perubatan
CAWANGAN: al-Azhar
MANIFESTO: Memacu kefahaman tarbiah melalui jawatan serta pemerkasaan kredibiliti sebagai mahasiswa sains kesihatan yang terpimpin.

(Calon Menang Tanpa Bertanding)

 

Calon 8: 

NAMA CALON: Nur Fatini  binti Azman @ Nasir
TAHUN: 5  Perubatan
CAWANGAN: Ain Shams
MANIFESTO: Mengoptimumkan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) dalam memupuk kebersamaan antara ahli dan pimpinan dengan membentuk MTP yang mesra ahli melalui:

  1. Pemerkasaan aktiviti turun padang dan ziarah merentas cawangan.
  2. Pemantapan gerak kerja asas MTP.
  3. Menjuarai isu kebajikan mahasiswa Malaysia di Mesir.

(Calon Menang Tanpa Bertanding)

 

Calon 9: 

NAMA CALON: Nurul Syahiirah binti Mohamad Aszmi
TAHUN: 4  Perubatan
CAWANGAN: Iskandariah
MANIFESTO: Memperkukuh jaringan kesatuan dalam kalangan ahli PERUBATAN dari seluruh cawangan dengan mengoptimumkan tenaga kerja yang bergerak secara kolektif.

(Calon Menang Tanpa Bertanding)

 

Calon 10: 

NAMA CALON: Afifah Farhana binti Aripin
TAHUN: 2  Pergigian
CAWANGAN: Tanta
MANIFESTO: Memperkasa sistem dokumentasi yang sedia ada dalam membentuk ahli PERUBATAN yang lebih sistematik dan profesional.

(Calon Menang Tanpa Bertanding)

 

Calon 11: 

NAMA CALON: Nurul Afiqah binti Safarudin
TAHUN: 4  Perubatan
CAWANGAN: al-Azhar
MANIFESTO: Ke arah pemacuan ahli PERUBATAN dalam pemantapan thaqafah dan kemahiran softskill di samping bergelar mahasiswa sains kesihatan.

(Calon Menang Tanpa Bertanding)

 

Calon 12: 

NAMA CALON: Nur Farah Najwa binti Hassim
TAHUN: 4  Perubatan
CAWANGAN: Mansurah
MANIFESTO: Memaknakan slogan ‘Kita keluarga PERUBATAN’ dengan mengoptimumkan kelebihan setiap cawangan untuk manfaat bersama.

(Calon Menang Tanpa Bertanding)

 

Calon 13: 

NAMA CALON: Siti Nor Sarah binti Hanipah
TAHUN: 5 Perubatan
CAWANGAN: Zagazig
MANIFESTO: 1.       Mengoptimumkan peranan setiap lapisan ahli PERUBATAN selaras dengan pegecilan cawangan secara holistik.

2.       PERUBATAN sebagai entiti persatuan mahasiswa kelas pertama yang terkehadapan di Mesir dengan :

i.            Menjadikan pimpinan sebagai qudwah hasanah.

ii.            Pemantapan disiplin ilmu dalam kalangan ahli PERUBATAN.

(Calon Menang Tanpa Bertanding)

 

Calon 14: 

NAMA CALON: Masirah binti Mohd Amin
TAHUN: 5  Perubatan
CAWANGAN: al-Azhar
MANIFESTO: Mengoptimumkan gerak kerja dalam PERUBATAN sesuai dengan keadaan semasa.

(Calon Menang Tanpa Bertanding)

 

 

 

Seeru ‘ala barakatillah.

#JOMPANGKAH

#JPC2017

 

#PERUBATANKelasPertama

 

“Berkat, Telus dan Cekap”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

 

Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) 2017,

PERUBATAN 2017/2018.