Alhamdulillah, Hari Pencalonan bagi Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) 2018/2019 bawah kelolaan Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN 2017 telah berjalan dengan lancar seperti yang telah ditetapkan dalam jalur masa iaitu pada 1/12/2017 – Jumaat (9.00 pagi – 4 petang). Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah calon-calon MTP pada kali ini.

 

Berikut merupakan senarai nama calon MTP fasa 1 bagi pilihanraya kali ini.

 

SENARAI CALON MTP

Calon 1:

NAMA CALON: Muhamad Aiman bin Adnain
TAHUN: 4  Perubatan
CAWANGAN: Kaherah
MANIFESTO:
  1. Melancarkan pergerakan PERUBATAN dengan berfokus kepada program dan gerak kerja yang memberi impak besar.
  2. Mewujudkan suasana ahli yang prihatin melalui pengamalan konsep saling menasihati.
  3. Menjadikan pimpinan PERUBATAN sebagai figura akademik dan intelektual.
PENCADANG: Wan Nusairi bin Wan Mohd Nasruddin (PCK)
PENYOKONG: Muhammad Muqri Afifi bin Mazlan (PCA)

 

Calon 2:

NAMA CALON: Amir Amrullah bin Ali
TAHUN: 5  Perubatan
CAWANGAN: Iskandariah
MANIFESTO:
  1. Menggalakkan semangat kesukarelawan ahli dengan mengoptimumkan fungsi PERUBATAN for Peace and Care (PEACE).
  2. Meningkatkan kesedaran isu semasa global dalam kalangan ahli dengan memperkasa capaian maklumat kepada ahli.
PENCADANG: Muhammad Nazimal Fikry bin Mah Ali (PCI)
PENYOKONG: Zunnur Ihsan bin Zainondin (PCT)

 

Calon 3:

NAMA CALON: Muhammad Syazwan Fahmi bin Mohd Helmi
TAHUN: 3  Perubatan
CAWANGAN: Ain Shams
MANIFESTO: Ke arah PERUBATAN yang lebih optimum bersama aspirasi PERUBATAN Untuk Semua melalui;

  1. Pemfokusan gerak kerja asas pimpinan di semua peringkat.
  2. Penstrukturan medium keterikatan yang efektif antara pimpinan dan ahli.
  3. Pemerkasaan sistem taakhi antara cawangan mengikut zon secara holistic.
PENCADANG: Muhammad Amiruddin bin Suhaini (PCS)
PENYOKONG: Muhammad Rafiq bin Rosidi (PCS)

 

Calon 4:

NAMA CALON: Ahmad Muazz bin Abdullah
TAHUN: 3  Perubatan
CAWANGAN: al-Azhar
MANIFESTO: Menyuntik kesedaran ahli akan kepentingan biah solehah dan implementasinya bagi mencorak mahasiswa berperibadi muslim profesional.
PENCADANG: Amirul Azmeer bin Asmadi (PCA)
PENYOKONG: Mohd Khairil Ashraf bin Muhammad Fisal (PCS)

 

Calon 5:

NAMA CALON: Fathul Izzuddin bin Kungi Kuaya
TAHUN: 5  Perubatan
CAWANGAN: Mansurah
MANIFESTO: Memastikan kelestarian dan kemandirian PERUBATAN dengan mengkaji semula sistem sedia ada.
PENCADANG: Muhammad Omar Hassan bin Malek Radzuan (PCM)
PENYOKONG: Mohd Khairul Anuar bin Jaffar (PCM)

 

Calon 6:

NAMA CALON: Ahmad Asyraf bin Mohmad
TAHUN: 4  Perubatan
CAWANGAN: Mansurah
MANIFESTO: Mengoptimumkan penerangan tentang kebajikan dalam PERUBATAN.
PENCADANG: Mohd Khairul Anuar bin Jaffar (PCM)
PENYOKONG: Muhamad Aliuddin bin Muhamad Noh (PCM)

 

Calon 7:

NAMA CALON: Muhammad Nabil bin Azhar
TAHUN: 5  Perubatan
CAWANGAN: al-Azhar
MANIFESTO: Memacu kefahaman tarbiah melalui jawatan serta pemerkasaan kredibiliti sebagai mahasiswa sains kesihatan yang terpimpin.
PENCADANG: Muhammad Zikrie bin Zakariya (PCA)
PENYOKONG: Muhammad Firdaus bin Mohd Nor (PCA)

 

Calon 8:

NAMA CALON: Nur Fatini binti Azman @ Nasir
TAHUN: 5  Perubatan
CAWANGAN: Ain Shams
MANIFESTO: Mengoptimumkan peranan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) dalam memupuk kebersamaan antara ahli dan pimpinan dengan membentuk MTP yang mesra ahli melalui:

  1. Pemerkasaan aktiviti turun padang dan ziarah merentas cawangan.
  2. Pemantapan gerak kerja asas MTP.
  3. Menjuarai isu kebajikan mahasiswa Malaysia di Mesir.
PENCADANG: Irshafinah binti Jamaludin (PCS)
PENYOKONG: Nabihah binti Mohammad Azman (PCK)

 

Calon 9:

NAMA CALON: Nurul Syahiirah binti Mohamad Aszmi
TAHUN: 4  Perubatan
CAWANGAN: Iskandariah
MANIFESTO: Memperkukuh jaringan kesatuan dalam kalangan ahli PERUBATAN dari seluruh cawangan dengan mengoptimumkan tenaga kerja yang bergerak secara kolektif.
PENCADANG: Ain Fatini binti Ibrahim (PCI)
PENYOKONG: Hanis Nur Faiqqa binti Mohd Rastam (PCM)

 

Calon 10:

NAMA CALON: Afifah Farhana binti Aripin
TAHUN: 2  Pergigian
CAWANGAN: Tanta
MANIFESTO: Memperkasa sistem dokumentasi yang sedia ada dalam membentuk ahli PERUBATAN yang lebih sistematik dan profesional.
PENCADANG: Nik Nur Amalina binti Mohd Azmi (PCT)
PENYOKONG: Anis Afifa binti Mirhan (PCT)

 

Calon 11:

NAMA CALON: Nurul Afiqah binti Safarudin
TAHUN: 4  Perubatan
CAWANGAN: al-Azhar
MANIFESTO: Ke arah pemacuan ahli PERUBATAN dalam pemantapan thaqafah dan kemahiran softskill di samping bergelar mahasiswa sains kesihatan.
PENCADANG:  Nur Khairoon Nishyaa binti Mohamad Buhari (PCT)
PENYOKONG: Nurul Fasehah binti Zulkelnain (PCK)

 

Calon 12:

NAMA CALON: Nur Farah Najwa binti Hassim
TAHUN: 4  Perubatan
CAWANGAN: Mansurah
MANIFESTO: Memaknakan slogan ‘Kita keluarga PERUBATAN’ dengan mengoptimumkan kelebihan setiap cawangan untuk manfaat bersama.
PENCADANG: Azlin Amira binti Ahmad (PCM)
PENYOKONG: Wan Marhainis binti Wan Sozaini (PCT)

 

Calon 13:

NAMA CALON: Siti Nor Sarah binti Hanipah
TAHUN: 5 Perubatan
CAWANGAN: Zagazig
MANIFESTO: 1.       Mengoptimumkan peranan setiap lapisan ahli PERUBATAN selaras dengan pengecilan cawangan secara holistik.

2.       PERUBATAN sebagai entiti persatuan mahasiswa kelas pertama yang terkehadapan di Mesir dengan :

i.            Menjadikan pimpinan sebagai qudwah hasanah.

ii.            Pemantapan disiplin ilmu dalam kalangan ahli PERUBATAN.

PENCADANG: Farzana Izzati binti Khairul Anwar (PCZ)
PENYOKONG: Aisyah binti Ahmad Fauzi (PCZ)

 

Calon 14:

NAMA CALON: Masirah binti Mohd Amin
TAHUN: 5  Perubatan
CAWANGAN: al-Azhar
MANIFESTO: Mengoptimumkan gerak kerja dalam PERUBATAN sesuai dengan keadaan semasa.
PENCADANG: Tuan Sumaiyah binti Tuan Ismail (PCT)
PENYOKONG: Husnul Khotimah binti Farhan (PCS)

 

TEMPOH BERKEMPEN DAN BANTAHAN

Calon boleh berkempen bermula daripada pengumuman senarai Calon MTP Fasa 1 sehingga 14 Disember 2017. Selamat berkempen buat semua!

Sebarang aduan dan bantahan berkenaan calon boleh disampaikan kepada Pengarah atau Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) 2017. Borang bantahan dijual dengan harga LE30 sehingga sebelum 13 Disember 2017.

 

Selamat berkempen kepada calon-calon dan para penyokong. Berkempenlah secara sihat dan dengan mengikut lunas-lunas Islam.

 

Seeru ‘ala barakatillah.

#JOMPANGKAH

#JPP2017

#JPC2017

#PERUBATANKelasPertama

 

“Berkat, Telus dan Cekap”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

MUHAMMAD FARIS BIN DERAMAN

Pengarah,

Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) 2017,

PERUBATAN 2017/2018.

 

HALIMATUN ARWA BINTI YAAKUB

Timbalan Pengarah,

Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) 2017,

PERUBATAN 2017/2018.