6.q. [MTP] Logo JPP

Untitled-1

 

Berkata Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepemimpinannya. Seorang imam (amir) pemimpin dan bertanggungjawab atas rakyatnya. Seorang suami pemimpin dalam keluarganya dan bertanggungjawab atas kepemimpinannya. Seorang isteri pemimpin dan bertanggungjawab atas penggunaan harta suaminya. Seorang pelayan (karyawan) bertanggungjawab atas harta majikannya. Seorang anak bertanggungjawab atas penggunaan harta ayahnya. (Hadis Riwayat Bukhari)

Pengumuman Pilihanraya Kecil

Berikutan kekosongan kerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) di dua buah cawangan PERUBATAN iaitu PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) dan PERUBATAN Cawangan Zagziq (PCZ), Pihak Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) sesi 2017/2018 akan mengadakan Pilihanraya Kecil bagi cawangan yg berkaitan.

Mengekalkan Sistem Pencalonan

JPP akan mengguna pakai sistem pencalonan sebagaimana yang telah diamalkan sebelum ini. Melalui sistem ini, calon yang layak bertanding perlulah mendapat cadangan dan sokongan daripada individu yang lain. Ahli PERUBATAN juga akan melalui beberapa fasa pilihan raya. Bermula dengan fasa pencalonan, fasa kempen dan bantahan dan akhirnya fasa pengundian.

Pengumuman Tarikh Penting

Untuk makluman, rangka utama perjalanan pilihan raya di cawangan tersebut akan berlangsung dan diselaraskan berdasarkan tarikh-tarikh yang berikut:

  • 24-25  Mac : Penjualan Borang
  •   25     Mac : Hari Pencalonan
  •   26     Mac : Pengumuman Senarai Calon(fasa i)
  • 26-29  Mac : Tempoh Kempen dan Bantahan
  •   29     Mac : Pengumuman Senarai Calon(fasa ii)
  •   30     Mac : Hari Pengundian
  •   31     Mac : Pengumuman keputusan

Seruan kepada Ahli

Pilihan raya merupakan wadah kepada ahli untuk melantik pimpinan.Tugas melantik pimpinan merupakan tanggungjawab bersama. Justeru pihak kami menyeru semua ahli PERUBATAN untuk turut serta dan sama-sama melibatkan diri sepanjang berlangsungnya proses pilihan raya pada bulan ini.

Kuasa di tangan anda. Sentiasalah amanah dalam mengendalikannya.

Wallahu ta’ala ‘alam.

“Berkat, Telus dan Cekap”

gambar-syahmi-1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ahmad Syahmi Bin Ahmad Sabandi

Pengarah,

Jawatankuasa Pilihan Raya PERUBATAN (JPP) 2017/2018