6.q. [MTP] Logo JPP

Untitled-1

Berkata Imam Ibnu Taimiyah Rahimullahu Ta’ala, “Wajiblah diketahui bahawa mentadbir urusan muslimin merupakan kewajipan agama yang paling besar. Malah urusan agama dan dunia tidak akan dapat dilaksanakan tanpanya. Sesungguhnya kemaslahatan keturunan Adam tidak akan sempurna melainkan dengan perkumpulan dimana sebahagiannya berhajat kepada bantuan sebahagian yang lain. Apabila mereka berhimpun, mereka perlu kepada seseorang yang memimpin.”Hal ini seiring dengan sabda Baginda Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, maksudnya, “Apabila tiga orang keluar bermusafir maka lantiklah dari kalangan mereka seorang untuk menjadi ketua.”(HR Abu Daud, No. 2608)

 

Lumrahnya, perubahan masa yang berlalu mencipta pelbagai catatan sejarah. PERUBATAN juga tidak terlepas daripada catatan dan hambatan masa yang mendesak kepada silih ganti barisan kepimpinan.

 

Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN (JPP) 2016 adalah sebuah badan bebas yang bernaung bawah PERUBATAN yang bertanggungjawab untuk memastikan proses pemilihan Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) sesi 2017/2018 bagi setiap PERUBATAN Cawangan (PC) berjalan lancar dan selari dengan konsep demokrasi Islam. Justeru, gerak kerja yang amanah, cekap dan telus amatlah dititikberatkan bagi memaksimumkan kualiti hasil yang bakal dikecapi bersama.

 

Sehubungan dengan itu,Jawatankuasa Pilihanraya PERUBATAN Cawangan (JPC) akan dibahagikan mengikut cawangan universiti (Ain Shams, al-Azhar, Iskandariah, Kaherah, Mansurah, Tanta dan Zagazig) bagi memastikan proses pilihan raya yang dijalankan pada tahun ini lebih selaras dan tersusun di kesemua tujuh cawangan.

 

Mengekalkan Sistem Pencalonan

Pada tahun ini, JPP akan mengguna pakai sistem pencalonan sebagaimana yang telah diamalkan tahun-tahun sebelum ini. Melalui sistem ini, calon yang layak bertanding perlulah mendapat cadangan dan sokongan daripada individu yang lain. Ahli PERUBATAN juga akan melalui beberapa fasa pilihan raya. Bermula dengan fasa pencalonan, fasa kempen dan bantahan dan akhirnya fasa pengundian.

 

Pengumuman Tarikh Penting

Untuk makluman, rangka utama perjalanan pilihan raya di kesemua cawangan akan berlangsung dan diselaraskan berdasarkan tarikh-tarikh yang berikut:

  • 1-5   Disember : Penjualan Borang
  •   6    Disember : Hari Pencalonan
  •   7    Disember : Pengumuman Senarai Calon(fasa i)
  • 7-16 Disember : Tempoh Kempen dan Bantahan
  •  16   Disember : Pengumuman Senarai Calon(fasa ii)
  •  17   Disember : Hari Pengundian
  • 18    Disember : Pengumuman keputusan

Untuk makluman, jalur masa Pilihanraya PERUBATAN Presiden sesi 2017/2018 akan dikeluarkan sebaik sahaja selesainya Pilihanraya PERUBATAN Cawangan sesi 2017/2018

 

Seruan kepada Ahli

Pilihan raya merupakan wadah kepada ahli untuk melantik pimpinan.Tugas melantik pimpinan merupakan tanggungjawab bersama. Justeru pihak kami menyeru semua ahli PERUBATAN untuk turut serta dan sama-sama melibatkan diri sepanjang berlangsungnya proses pilihan raya pada bulan ini.

Kuasa di tangan anda. Sentiasalah amanah dalam mengendalikannya.

 

Wallahu ta’ala ‘alam.

“Berkat, Telus dan Cekap”

 

15134293_1309670152397675_134662085_n

Ahmad Syahmi Bin Ahmad Sabandi

Pengarah,

Jawatankuasa Pilihan Raya PERUBATAN (JPP) 2016