1. Tidak dibenarkan menggunakan sebarang logo atau lambang mana-mana pertubuhan lain selain daripada PERUBATAN.

2. Tidak dibenarkan menggunakan mana-mana pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan Mesir.

3. Tidak dibenarkan menimbulkan isu yang boleh menimbulkan perpecahan di kalangan mahasiswa atau mahasiswi.

4. Poster bercetak adalah dibenarkan dengan syarat:

  • a. Salinan hendaklah dihantar kepada JPP terlebih dahulu untuk semakan
  • b. Hendaklah bercop PERUBATAN
  • c. Hanya diedarkan di markas PERUBATAN, BKAN, DMAK, dan rumah-rumah ahli sahaja
  • d. Hanya boleh ditampal pada bahagian yang disediakan di premis-premis yang dibenarkan

5. Rapat umum oleh calon hanya boleh menggunakan pentas pengenalan calon yang disediakan oleh JPP sahaja.

6. Promosi calon oleh penyokong didalam sebarang program PERUBATAN mestilah meminta izin daripada penganjur majlis.

7. Sebarang sogokan wang adalah tidak dibenarkan sama sekali.

8. Kempen hanya dibenarkan selepas JPP mengumumkan calon yang akan bertanding.

9. Setiap kempen tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti mana-mana calon lain yang bertanding.

10. Mana-mana Calon, Pencadang atau Penyokong yang didapati melanggar syarat-syarat berkempen akan dikenakan tindakan oleh pihak JPP.

11. Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh pihak JPP adalah muktamad.