Tempoh bantahan adalah selepas nama-nama calon diumumkan.

1. Bantahan terhadap seseorang calon boleh dilakukan jika calon tersebut melanggar atau tidak mematuhi syarat-syarat pencalonan atau syarat-syarat kempen.

2. Setiap individu yang ingin membuat bantahan terhadap calon perlulah membawa bersamanya saksi serta bukti untuk mengisi borang bantahan di hadapan pegawai JPP/JPC.

3. Borang bantahan boleh dibeli daripada pegawai JPP/JPC dengan harga LE 30.

4. Sebarang keputusan daripada JPP/JPC adalah muktamad.