Color NEW

 

PENGENALAN SISTEM PILIHAN RAYA PERUBATAN

 

Sebagai sebuah persatuan yang matang, PERUBATAN tidak ketinggalan untuk menjalankan pilihan
raya sebagai satu wasilah memilih pemimpin setiap tahun. Dahulunya, persatuan ini pernah
menggunakan beberapa bentuk sistem pilihan raya seperti sistem ‘undi popular’ dan lain-lain lagi.
Atas nama penambahbaikan sistem pilihanraya, maka sistem ‘Pencalonan’ dilihat lebih relevan untuk
dijalankan kerana memiliki impak yang lebih positif berbanding sistem-sistem terdahulu.

Secara asasnya, sistem ini memerlukan calon untuk tampil ke hadapan sekiranya merasakan diri layak
untuk bertanding. Selain dapat membentuk rasa tanggungjawab dan amanah dalam menerima
jawatan, sistem ini mampu membina keyakinan diri dan semangat kesukarelawanan sebagai seorang
mahasiswa yang mampu bergerak dalam segenap aspek.

Dalam sistem ‘Pencalonan’ ini, beberapa istilah perlu difahami oleh setiap ahli. Istilah-istilah tersebut
adalah seperti berikut :-

1. Calon – mereka yang menjadi calon dan layak untuk bertanding dalam pilihanraya.
2. Pencadang – individu yang menjadi pencadang kepada satu nama calon.
3. Penyokong – mereka yang menjadi penyokong kepada pencadang untuk pencalonan individu
tersebut.

Untuk menjayakan sistem ini, beberapa fasa gerak kerja telah dirangka seperti berikut :-

1. Pengeluaran senarai nama ahli PERUBATAN yang matang keahliannya.
2. Penjualan borang pencalonan.
3. Hari pencalonan.
4. Pengumuman senarai nama calon [fasa pertama].
5. Kempen dan bantahan.
6. Pengumumna senarai nama calon [fasa kedua].
7. Hari pengundian.
8. Pengumuman keputusan pilihanraya PERUBATAN.