Hari Pencalonan

  1. Calon, pencadang dan penyokong mestilah berpakaian kemas dan menutup aurat.
  2. Calon, pencadang dan penyokong hendaklah menepati masa mencalon yang telah ditetapkan.
  3. Calon, pencadang dan penyokong hendaklah menghormati serta mematuhi arahan Pegawai JPP & JPC.

Kempen/ Bantahan

  1. Kempen/ Bantahan hendaklah dikendalikan dengan bijaksana dan bukan atas pertimbangan emosi semata-mata.
  2. Dilarang memfitnah atau memburuk-burukkan mana-mana pihak atau calon.
  3. Semua pihak hendaklah menjaga tutur kata dan tingkahlaku.
  4. Sebarang bentuk sabotaj adalah dilarang sama sekali.
  5. Semua pihak diharuskan berlapang dada dan menerima pendirian pihak lain dengan hati terbuka.
  6. AJKT  kekal dibenarkan untuk berkempen.
  7. Sebarang bahan bercetak untuk berkempen perlulah dicop dan disemak oleh pihak  JPP terlebih dahulu.

Hari Pengundian

  1. Para pengundi hendaklah berpakaian kemas dan menutup aurat.
  2. Para pengundi hendaklah menepati masa mengundi yang telah ditetapkan.
  3. Para pengundi hendaklah menghormati serta mematuhi arahan Pegawai JPP & JPC.
  4. Para pengundi hendaklah mematikan/ mode senyap telefon bimbit sebelum memasuki pusat pengundian.
  5. Para pengundi tidak dibenarkan membuat bising ketika mengundi.
  6. AJKT kekal dibenarkan untuk mengundi.
  7. Sebarang masalah dalam membuat pengundian hendaklah dirujuk kepada Pegawai JPP & JPC  untuk mengelakkan masalah undi rosak atau sebagainya.