Thursday, May 17, 2012

JPP

Jawatankuasa Khas Untuk Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN

Jualan Borang Pencalonan (Dibuka)

Posted by JPP On November - 30 - 2011


Sukacita dimaklumkan bahawa borang Pencalonan boleh mula dibeli mulai esok, Khamis 1 Disember hingga Khamis, 8 Disember 2011.


Bagaimana?

Borang-borang boleh didapati daripada:

Ikhwah:
TIMBALAN PENGARAH JPP2011
Mohd Hazwan Mohd Salleh
0111-3303813 / hazu_89@yahoo.com

Akhawat:
PENGARAH JPP2011
Nur Madihah Kamalul Sahar
0111-3916331 / own_sakura@yahoo.com

Waktu:
Jumaat-Sabtu: 6 pagi hingga 12 tengah malam
Ahad-Khamis: 3 petang hingga 12 tengah malam


Di Mana?

Rumah atau mana-mana tempat yang dirasakan sesuai dan tidak menimbulkan fitnah. Hubungi mereka untuk temujanji.


Harga dan bilangan borang:

  • Jawatan Presiden [lelaki], LIMA borang sahaja akan dijual dengan harga LE 10.
  • Jawatan Timbalan Presiden 2 [perempuan], LIMA borang sahaja akan dijual dengan harga LE 10.
  • Jawatan Ahli Jawatankuasa Tertinggi pula, sebanyak 20 borang untuk lelaki dan 20 borang untuk perempuan akan dijual dengan harga LE 8.

Tambahan:

  • Pencadang pencalonan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden 2 dibuka kepada seluruh ahli tidak mengira jantina [Presiden boleh dicalonkan oleh perempuan dan Timbalan Presiden 2 boleh dicalonkan oleh lelaki]
  • Pencadang pencalonan jawatan AJKT, lelaki hanya boleh mencalonkan untuk lelaki dan perempuan hanya boleh mencalonkan perempuan.
  • Baca syarat-syarat pencalonan di sini

Amaran:

  • Pembayaran adalah secara tunai.
  • Hutang adalah tidak dibenarkan.
  • Diskaun dan potongan harga atau jualan penghabisan stok tidak mungkin diwujudkan.
  • Temujanji boleh dibuat, tapi tempahan borang tidak dibenarkan.

Anda dinasihatkan (tidak diwajibkan):

  • Mendapatkan Calon yang ingin bertanding terlebih dahulu sebelum membuat pembelian untuk mengelakkan pembaziran dan kemungkinan didenda.
  • Menelefon terlebih dahulu untuk memastikan keberadaan Pengarah/Timbalan di rumah atau untuk membuat temujanji.
  • Bagi ahli yang berada di muhafazah, anda dinasihatkan mendapatkan bantuan rakan di Kaherah untuk menjadi Pencadang, dan anda menjadi Penyokong supaya tidak merasa terbeban untuk ke Kaherah.

JPP2011 akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap sebarang unsur-unsur yang boleh dianggap penipuan (menurut budi bicara JPP 2011).

Hasil jualan akan diberikan kepada pihak-pihak yang memerlukan.

Pencadang, Calon dan Penyokong WAJIB hadir pada Hari Pencalonan (9 Disember) dan menyerahkan borang untuk disahkan di hadapan pegawai JPP 2011.

Popularity: 20% [?]

4 Responses to “Jualan Borang Pencalonan (Dibuka)”

  1. Nur Amirah Mohd Jalil says:

    assalamualaikum..
    mohon pencerahan tentang signifikan borang pencalonan itu dijual..
    jzkk :)

    • JPP says:

      Q1: mohon pencerahan tentang signifikan borang pencalonan itu dijual?
      A1: Bismillah, borang pencalonan itu dijual adalah supaya mana-mana ahli yang membelinya lebih menghargainya dan supaya borang pencalonan itu dibeli oleh ahli PERUBATAN yang betul-betul ingin menyumbang dalam PERUBATAN. Harap maklum.

  2. [...] Jualan Borang Pencalonan akan berakhir 8 Disember ini maka pantas-pantaslah membeli. Dengar cerita setakat ini tak sampai 5 borang baru dijual. Sedih kan? Sia-sia tarbiah BPI dan SC. [...]

  3. [...] ahli PERUBATAN yang masih ingin menjadi Pencadang, anda boleh membeli borang esok. Sila hadir bersama Calon dan [...]

Leave a Reply

Soalan melalui Shoutbox tidak dijamin akan dijawab. Sila ajukan soalan melalui komen pada post berkaitan atau laman Soal-Jawab di atas.

Gunakan hashtag #JPP2011 supaya Tweet anda muncul di bawah!

    Designed by website templates